Monday, September 8, 2008

New Kiosk


Hmmm..... Lama baru nak ada masa nak masuk blog balik......

Alhamdulillah......sekarang nie dah ada cawangan keempat untuk kedai telekomunikasi laluan pertama....

Kali nie port baru kat Kolej Kediaman Nilam Court.... Nie merupakan kolej kediaman untuk pelajar siswi USIM. Cam biasa....disebabkan kekurangan cable dan jugak kekurangan capital.... hanya kiosk untuk telekomunikasi jer yang mampu dibuka... Nie gambor kiosk kecil dan tak seberapa aku.

Sunday, May 18, 2008

Kurangnya Peluang Kerja Di Malaysia atau Rakyat Malaysia Memilih Kerja?

Selalu sangat kita dengar graduan-graduan mengeluh takde kerja kosong.....jawatan kosong tapi perlu pengalaman kerja....... menganggur bertahun-tahun......tunggu KPLI......tunggu PTD interview.... dan macam-macam lagi.
  • Betul ker kat Malaysia nie takde jawatan kosong atau takde peluang pekerjaan?? Betul ker ramai majikan kat Malaysia nie tak endahkan rakyat Malaysia dalam isi kekosongan jawatan sebaliknya terus ambil rakyat asing sebagai pekerja???
Boring betul biler dengar bebudak degree ker diploma ker dari IPTA dan IPTS mengeluh tak dapat kerja. Pada pendapat aku sendiri......ramai rakyat Malaysia nie sebenarnya memilih sangat keje... Serious... Bukannya nak cakap ape...memang la kuar dengan degree dengan diploma, tapi mintak jer keje terus nak demand gaji... Kalau memang boley buat keje takde masalah untuk majikan nak bagi gaji tinggi... Kadang-kadang ada yang nak pakai fax pun tak tahu...nak pakai mesin fotostat pun tak tahu...komunikasi ngan customer pun tak boley....hmmmm layak ker nak bagi gaji tinggi...
  • Keje lebih time lagi laaa tak boleh... Biasa la semua ikut akta... Bagus... Sebab tue laa peluang untuk rakyat asing dapat peluang keje dan lebih disukai oleh majikan-majikan kat Malaysia nie. Seriously...waktu aku pergi Indonesia survey markat kat sana....aku tengok rakyat Indonesia kurang la memilih keje walaupun ada dikalangan mereka yang ada degree dan diploma. Mungkin la jugak hidup kat Indonesia tak sesenang hidup kat Malaysia menjadi faktor kenapa mereka tak memilih keje... Tapi apa salahnya kalu rakyat Malaysia pun jadi camtue...
Salah ker kalu graduate yang ada kat Malaysia nie keje biasa-biasa dulu sebelum dari dapat keje best-best. Memang la tak dinafikan ada graduate yang tak memilih sangat keje....asal ader jer amik dulu...Tahniah aku ucapkan kepada golongan-golongan camnie. Tapi masih tak cukup banyak yang berani cam golongan yang tadi. Masih ramai lagi yg nak tunggu keje gomen, keje ngan firm yang establish, tunggu MARA bagi modal berniaga dan sebagainya...
  • Hmmmmm..... sampai biler lah rakyat kat Malaysia nie boley paham yang kalu tak reti buat keje dan baru nak start dalam bidang baru...gaji memang start rendah??? Biler la jugak rakyat Malaysia nak faham yang peluang pekerjaan takkan datang cari diorang kalu bukan diorang yang cari peluang tue??? Biler lah jugak rakyat Malaysia nie boley sanggup nak keje lebih jam asalkan dapat pengalaman dalam bidang tue dan boley belajar selok belok bidang tersebut lebih banyak???
Biler??????????? Entahlahhhhhh.....hanya Tuhan sahaja yang tahu dan perlu ingat..."Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

Saturday, May 17, 2008

The History of Laluan Pertama

Hi...it's me.... Muhammad Fahmi Othman. A graduate from UM. Bukan dari business faculty tapi from APIUM. Alhamdulillah...walaupun modal tak sebesar mana...boley gak Laluan Pertama nie ditubuhkan. Motif utama dulu-dulu waktu start nak buka bisnes nie...ingatkan leh la bantu kengkawan yang unemployed graduate dapat keje sementara dapat proper keje....tapi silap langkah la pulak.... Graduate maner nak keje susah-susah....gaji maner nak rendah.... Terpaksa lah bersengkang mata, bersusah payah...... makan tak makan lagi la tak payah nak citer...punyerlah struggle nak hidupkan company yang bernama Laluan Pertama nie.
  • First wujud Laluan Pertama Enterprise yang aku share ngan sorang Chinese yang aku anggap sifu aku dalam bisnes nie. Anyway...a million thanks aku ucapkan kat ex share partner aku yang bernama William Tiew Kim Chye. Sekarang nie dah tak partner dah...tapi still kitorang leh kuar makan and enjoy sama-sama. Hmm susah nak caya kan??? Dah break off dari jadi business partner pun leh kuar sesama lagi.. Well....mungkin sebab kitorang dah declare as best friend kot.
Laluan Pertama yang first sekali aku bukak ialah Laluan Pertama Enterprise kat Bandar Seri Putra... kat no 18 jln seri putra 1/4...tue pun bukannya satu kedai penuh....suku jer...Sesiapa yang pernah jadi customer waktu tahun 2004 dulu dan terus jadi customer aku sampai sekarang... mesti cakap...kedai dulu kecik giler, tapi sekarang dah alhamdulillah...boley lah sewa satu kedai penuh.. Tapi sekarang kat Bandar Seri Putra kitorang mainly pakai nama Kedai Telekomunikasi Laluan Pertama. Cawangan Laluan Pertama dah ada 3....satu kiosk kat kedai makan kat area sg tangkas...satu kat bandar seri putra dan satu kat area kg sg. tangkas (dekat ngan station komuter ukm)
  • Laluan Pertama kat Bandar Seri Putra secara khususnya kitorang wat bisnes fotostat, document printing, binding, jual reload dan aksesori komputer. Dan sambil-sambil tue kitorang promote branch kitorang yang buat driving school.
Laluan Pertama kat Sg. Tangkas lak mainly bisnes adalah driving school dan kedai telekomunikasi. Untuk pengetahuan...Laluan Pertama dapat kepercayaan dari Pusat Latihan Memandu Cemerlang untuk dapat branch. Heh heh heh....nasib baik...kalu tak....alamatnya bukak pusat pendaftaran memandu haram ler jawabnya..ish ish ish..
  • Kat kiosk kecik kitorang yang kat kedai makan.....kitorang hanya buat telecommunication reload sahaja...itu pun jual kad jer...