Sunday, May 18, 2008

Kurangnya Peluang Kerja Di Malaysia atau Rakyat Malaysia Memilih Kerja?

Selalu sangat kita dengar graduan-graduan mengeluh takde kerja kosong.....jawatan kosong tapi perlu pengalaman kerja....... menganggur bertahun-tahun......tunggu KPLI......tunggu PTD interview.... dan macam-macam lagi.
  • Betul ker kat Malaysia nie takde jawatan kosong atau takde peluang pekerjaan?? Betul ker ramai majikan kat Malaysia nie tak endahkan rakyat Malaysia dalam isi kekosongan jawatan sebaliknya terus ambil rakyat asing sebagai pekerja???
Boring betul biler dengar bebudak degree ker diploma ker dari IPTA dan IPTS mengeluh tak dapat kerja. Pada pendapat aku sendiri......ramai rakyat Malaysia nie sebenarnya memilih sangat keje... Serious... Bukannya nak cakap ape...memang la kuar dengan degree dengan diploma, tapi mintak jer keje terus nak demand gaji... Kalau memang boley buat keje takde masalah untuk majikan nak bagi gaji tinggi... Kadang-kadang ada yang nak pakai fax pun tak tahu...nak pakai mesin fotostat pun tak tahu...komunikasi ngan customer pun tak boley....hmmmm layak ker nak bagi gaji tinggi...
  • Keje lebih time lagi laaa tak boleh... Biasa la semua ikut akta... Bagus... Sebab tue laa peluang untuk rakyat asing dapat peluang keje dan lebih disukai oleh majikan-majikan kat Malaysia nie. Seriously...waktu aku pergi Indonesia survey markat kat sana....aku tengok rakyat Indonesia kurang la memilih keje walaupun ada dikalangan mereka yang ada degree dan diploma. Mungkin la jugak hidup kat Indonesia tak sesenang hidup kat Malaysia menjadi faktor kenapa mereka tak memilih keje... Tapi apa salahnya kalu rakyat Malaysia pun jadi camtue...
Salah ker kalu graduate yang ada kat Malaysia nie keje biasa-biasa dulu sebelum dari dapat keje best-best. Memang la tak dinafikan ada graduate yang tak memilih sangat keje....asal ader jer amik dulu...Tahniah aku ucapkan kepada golongan-golongan camnie. Tapi masih tak cukup banyak yang berani cam golongan yang tadi. Masih ramai lagi yg nak tunggu keje gomen, keje ngan firm yang establish, tunggu MARA bagi modal berniaga dan sebagainya...
  • Hmmmmm..... sampai biler lah rakyat kat Malaysia nie boley paham yang kalu tak reti buat keje dan baru nak start dalam bidang baru...gaji memang start rendah??? Biler la jugak rakyat Malaysia nak faham yang peluang pekerjaan takkan datang cari diorang kalu bukan diorang yang cari peluang tue??? Biler lah jugak rakyat Malaysia nie boley sanggup nak keje lebih jam asalkan dapat pengalaman dalam bidang tue dan boley belajar selok belok bidang tersebut lebih banyak???
Biler??????????? Entahlahhhhhh.....hanya Tuhan sahaja yang tahu dan perlu ingat..."Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

No comments: